SELAMAT DATANG

BLOG SEKOLAH KAMI

Friday, March 12, 2010

sejarah sekolah






Sekolah Agama Pengerang telah ditubuhkan sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1949. Pada permulaan penubuhannya, sekolah ini beroperasi dengan menumpang di bangunan sekolah kebangsaan yang terletak lebih kurang 1 km dari Pekan Pengerang. Ketika itu hanya seorang guru yang bertugas sebagai guru menunggal iaitu Ustaz Jaafar Bin Abd. Rashid. Ketika itu hanya terdapat 3 aliran darjah iaitu darjah satu hingga darjah 3.

Pada awal perjalanan sekolah ini, murid-murid belum mampu mengenakan pakaian seragam yang ditentukan. Mereka ke sekolah dengan pakaian biasa.

Memandangkan jumlah murid yang semakin bertambah dan bangunan yang semakin uzur, maka pada pertengahan September 1986, Tuan Pegawai Pendidikan Agama telah berunding dengan Penolong Pegawai Daerah Kecil Pengerang untuk mendapatkan tapak membina bangunan sekolah yang baru. Setelah menanti selama lebih kurang 6 tahun (1992), barulah diperolehi sebidang tanah yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah Agama yang baru.
Kerja-kerja pembinaan bermula pada akhir tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 2000. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Atan Bin Ibrahim bersama PKENJ kepada Ustaz Halid Bin Mokhtar pada 19 April 2000. bangunan 3 tingkat terdiri dari sebuah ruang dewan di tingkat bawah, 7 buah kelas di tingkat 2 dan 3. sebuah kantin dan garaj kereta turut dibina.
Dengan adanya bangunan yang baru guru-guru dan murid-murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa.


Thursday, March 11, 2010

galeri









Guru-guru Sekolah Agama Pengerang
















Logo Sekolah Agama Pengerang





































SEKOLAH CERIA GURU BAHAGIA MURID BERJAYA
IBU BAPA GEMBIRA